Total Pageviews

Saturday, January 1, 2011

Jodie Vee Lynn Yusoff: :) :) :) mood membuat karangan. haha. baru siang t...

Jodie Vee Lynn Yusoff: :) :) :) mood membuat karangan. haha. baru siang t...: ":) :) :) mood membuat karangan. haha. baru siang tadi update blog. macam gedik pun ada kan? biasalah,orang yang baru belajar blogging ni aka..."
:) :) :) mood membuat karangan. haha. baru siang tadi update blog. macam gedik pun ada kan? biasalah,orang yang baru belajar blogging ni akan bersemangat pada mulanya seperti kanak-kanak yang baru mula bersekolah. semangat yang tinggi menjulang!!



lagipun, idea menulis ni muncul bila-bila masa je kan? huhu. aku kena praktis lagi dalam bidang penulisan ni. sebab dah teruk sangat tatabahasa,ejaan,dan macam-macam lagi lah. kalau cikgu bhs melayu aku baca ni, memang nak kena terajang dari dia. haha.XD  kalau dia marah, slow je dia cakap tapi makna pedas seyh. dan bermakna. >.< dasyat tau cikgu kesayangan aku tu. erm2. aku dah masuk topik sekolah-sekolah ni. almaklumlah, sudah genap setahun aku meninggalkan alam persekolahan. kadang-kadang rasa rindu pula nak pakai uniform sekolah. tapi kadang-kadang tu, aku rasa best sebab tak perlu bangun awal macam dulu-dulu. haha. aish. kantoi pula aku malas bangun pagi >.<" hehe.
aku selalu bangun lambat dan semestinya datang lambat ke sekolah. macam biasa, im a rules breaker. >__<






sebenarnya kan, aku cakap pasal sekolah-sekolah ni sebab sekarang musim sekolah. adik-adik aku semuanya akan mula bersekolah isnin ni. so, aku terikut sekali dalam mood sikulah-sikulah ni. :D aku tengok adik-adik aku semuanya bersemangat. alhamdulillah, tak ikut perangai macam aku yang malas ni. haha! aku doakan mereka berjaya suatu hari nanti dan aku juga ! mulai sekarang aku kean motivasi kan diri aku yang malas ini. haih. ada sesiapa boleh bantu saya? :) ( senyum kambing)
ooo tidak....  tidak ku sangka-sangka masa begitu cepat berlalu. ku pandang jam, sudah pukul 11 lebih. patut la mata ni dah lemah sedikit. nak tidur rupanya. :) so, sampai sini saja coretan yang tidak seberapa ini dari seorang blogger yang baru menjinakkan diri dalam dunia blogging. doakan aku berjaya ! :)

Selamat malam. mimpi yang indah-indah.moga esok hari yang lebih baik dari hari ini. :)