sendiri di malam yang sunyi ini memberi kesempatan pada diri ku untuk berfikir,mendalami apa yang terjadi,apa yang pernah menyinggah hidupku sebelum dan akan datang dalam hidup ku. apa yang berlaku pada masa lampau itulah yang mencorakkan identiti hati kita pada masa ini,saat ini buruk mahupun yang baik,semuanya apa yang telah berlaku. ya.. ya.. aku sedar dan aku mengaku, identiti hatiku tidak lah baik mana. ini kerana masa lalu... seperti orang lain, aku telah menghadapi macam2 perkara. baik,buruk telah ku lalui. tapi tak berani aku katakan yang aku lalui hidup yang paling perit kerna aku tahu ada lagi insan lain yang pernah lalui hidup yang lebih perit dari ku. aku tidak salahkan masa lalu. kerna ia sudah berlalu. :) aku anggap ia adalah cabaran untukku mengubahnya kepada lebih baik. aku bersyukur pada yang maha esa, apa yang telah berlaku, ada hikmahnya.. disebalik kejadian terisi hikmah-Nya. Ya Allah, betapa kerdilnya aku disisi mu.. berikanlah aku kesempatan untuk merasa hidayah-Mu.
aku terfikir, apa yang akan berlaku selepas ini dalam hidupku.. adakah aku berjaya ataupun tersungkur?? tertanya-tanya sendirian. berfikir bagaikan si pak menteri yang memerah otak berfikir bagaimana harus memenangi hati rakyatnya. hahaha. ya,aku tergelak menggelengkan kepala memikirkan bagaimana kalau aku jadi pak menteri. kacau bilau dibuat ku dunia ni. hidup sendiri tidak terurus. inikan lagi mahu menguruskan hal-hal besar. aku terfikir,fikiranku sungguh pelik. fikiranku bagaikan algebra. aku sendiri tidak faham. bagaimana aku boleh terfikir tentang si menteri. tiba-tiba saja muncul di kepalaku. aku terfikir, adakah aku akan berjaya seperti pak menteri yang aku terfikirkan itu??...
aku terdiam.. bagaimana kalau aku tersungkur begitu sahaja?? tersungkur dengan luka-luka parah, kudis-kudis yang membusuk.. dipandang hina,jijik,lemah. aku terdiam.. bagaimana keadaanku, perasaanku saat itu. lemahnya keadaanku,hanya mampu mendiamkan diri saat itu. bodohnya diriku sekarang jika itu yang berlaku pada masa itu. lemahnya diriku pada masa itu jika aku lemah juga sekarang. dan aku mengeluh dalam kerisauan yang mendiamkan diriku merenung kosong jauh dalam kegelapan.
sampai sini saja coretanku. sengajaku mematikannya sekerat ini kerana aku tidak berani memberi mahupun memikirkan konklusinya. hanya Dia yang mengetahui segalanya apa yang akan berlaku..
insyaallah, akanku coretkan lagi disini jika berkesempatan. salam sayang, dariku.. :)
No comments:
Post a Comment