Total Pageviews

Saturday, March 26, 2011

si gadis ku.. :)

mumy.. :) saja aku postkan kali ini mengenai ibu yang telah melahirkan aku dengan keringatnya yang tidak pernah mengenal masa. hingga la kini.. betapa tabahnya dia mengharungi cabaran demi cabaran.. sebagai anak, aku menghormatinya bukan kerana takut tapi kerana sayang. aku tidak suka kalau ada orang membicarakan sesuatu yang buruk,tidak benar mengenai ratu hidup ku ini.. aku berasa sedih dan marah. aku akui, hubungan aku dengan dia dulu tidak baik. tidak serasi. ada saja yang tidak kena. tapi itu dulu.. sekarang lain... alhamdulillah.. semuanya kini menjadi baik. aku kaguminya kerana dia cantik bukan saja luaran tapi dalaman.. garang diluar,baik hatinya itu lah yang buat aku sayangkan dia. :) oh  mumy, walaupun aku ni macam gila2 sikit, tapi percaya lah, aku sayangkan kau. hukhukhuk. love u gadisku..
aku tidak suka kalau kau menangis, hati aku turut menangis.. aku gembira jika kau ketawa.. huu.. comelnyaa :D
maafkan aku atas kesilapan2 ku yang pernah ku lakukan.. betapa menyesalnya aku kini.. luluhnya hatiku melihat kau sedih :( sekarang aku cuma ingin melihat kau tersenyum.. aku cuma ingin berbuat apa yang boleh buat kau bahagia tersenyum selalu. :)
si gadis ku oh mumy, kau seorang yang sempurna di hatiku.. tiada siapa yang boleh gantikanmu sayangku.. kadang-kadang kelakuan mu sangat comel. hahahaha.. dengan rambut mu yang panjang, gaya mu yang rugged, selambamu mengata orang walaupun orang tu dekat-dekat saja,senyuman mu yang manja bila dipuji cantik(hahaha)
aku tidak dapat bayangkan jika aku kehilangan mu... tiada tempat untuk bergantung lagi.. ya tuhan, betapa sedihnya,sebaknya hati aku bila terfikirkan ini.. aku tidak sanggup kehilangan diriku daripada kehilangan mu..
aku bangga mempunyai seorang ibu seperti kau si gadisku.. tersangat bangga..
tiada yang dapat membalas jasamu walaupun aku menangis darah sekalipun..  sayangku terhadapmu lebih dari segala-galanya...

No comments:

Post a Comment